RAHSIA ADALAH KEKAL RAHSIA!

R

Ada yang cakap, ilmu itu ilmu Allah, jadi kenapa rahsia?

Benar, segala ilmu adalah milik Allah, tapi tak menjadi kewajipan untuk dikongsikan. Yang haram dirahsiakan adalah ilmu syariat sahaja.

Rahsia ayam goreng KFC, rahsia resepi Mi Rebus Haji Wahid, Kuey Tiaw Dolly Taiping, Nasi Ganja Ipoh, Nasi Kandar Line Clear, dan macam-macam lagi rahsia yang tak boleh dibongkarkan kerana ia adalah intelectual property (IP) masing-masing.

Jadi, jika Market Wizard tidak mahu mengajar bukan masalah dia kedekut ilmu, tapi itu hak dan pilihan dia. Lebih-lebih lagi, statistical dan theory of probility telah menyokong yang system yang sama jika ramai orang tahu, ia takkan berfungsi lagi dengan baik.

Faham? Clear?

Walaupun resepi Mi Rebus Haji Wahid adalah rahsia, tetapi ia dapat dirasai oleh kita semua. Kejayaannya boleh dibuktikan dengan berapa ramai orang beratur dan perniagaannya masih kekal walaupun Haji Wahid sudah tiada. Nak exptreme lagi, kau boleh ke interepo.com untuk beli laporan SSM syarikat mereka.

Tapi, jika ada orang buat kelas nak ajar cara buat Mi Rebus sesedap Haji Wahid, mestilah kita nak tau rasa dia dan kejayaannya. Secara statistik dalam 1000 orang rasa, berapa ramai yang kata sedap. Kalau dia sendiri masak tak sedap, mestilah dia akan ajar kita resepi tak sedap. Betul tak?

Sebab itu segala guru saham mestilah membuktikan mereka sendiri berjaya dalam trading untuk mengajar kita trading. Kalau dia sendiri pun trading entah ke mana. Apa yang sebenarnya dia ajar? Tunjuklah statistic kejayaan dia trading selama 1 tahun. Ada 100 kali trade, 90% sucess. Untung! Baru steady. Paling tidak bagilah tips, supaya kita dapat rasa kesedapan winning trade hasi dari resepi dia.

Aku dah malas nak cerita pasal saham dah. Start esok, aku nak cerita pasal lain plak. Ingat aku nak cerita pasal gopren la pula. Baru sifu-sifu saham tak melantun. Korang jangan risau sifu-sifu, aku ni bukan sifu saham mahupun trader. Aku takkan buat kelas ajar saham. Aku hanyalah technologist!

Syarikat kami buat software. Kami IT firm dan software house. Sekarang ini sedang membangunkan AI system untuk stock market trading. Kalau korang nak buat software boleh la datang jumpa kami!

Tak kaya takpa, tapi mesti handsome!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.