ROHINGYA : KENAPA ADA RAKYAT MALAYSIA YANG TAK BERKENAN DENGAN MEREKA?

R

Sejujurnya, seluruh umat Islam pasti bersimpati dengan masyarakat Rohingya yang ditindas di bumi Burma. Aku juga percaya ramai orang Malaysia yang meluat dengan mereka mesti punya pengalaman buruk yang sama dengan aku dan kawan-kawan aku.

Demi Allah, tidaklah kami membenci mereka kerana mereka berketurunan Rohingya, tetapi kerana perangai dan sikap mereka yang menjengkelkan dan menyakitkan hati selepas mereka ditolong. Ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Kaduk naik junjung. Kacang lupakan kulit.

Kami pernah menolong mereka, beri kerja dan tempat tinggal kerana kasihan. Tapi selepas beberapa bulan mereka sudah naik kepala menuntut gaji lebih dan mengugut untuk mogok. Kerja pun tak bagus. Asyik cerita dia di sana orang kaya dan ada bisnes. Tidak cukup dengan itu, siap bergaduh lagi dengan pekerja dari Bangladesh dan menghina mereka. Pergaduhan tidak dapat dielakkan!

Selepas mereka semua dibuang dan dihalau, habis barangan milik syarikat dirosakkan dan dicuri. Mereka sering menuntut hak mereka dengan kad UNCHR. Aku percaya pasti ada di kalangan mereka yang baik, tapi tahap kurang ajar dan melampau sebahagian mereka menjadi butang “trigger” rakyat Malaysia yang pernah bermuamalah dengan mereka.

Kita pasti tak lupa mereka pernah buat mogok ganas di Kuala Lumpur, membakar dan merosakkan harta awam. Baru-baru ini menceroboh kawasan pasar yang disita dan merosakkan harta milik kerajaan yang menyita pasar tersebut. Mereka juga secara terang-terangan menuntut hak seakan warganegara dengan cara yang biadap. Macam memikul biawak hidup pula. Sedangkan, rakyat Malaysia sendiri pun ada yang masih susah. Jangan kera di hutan disusukan, anak sendiri mati tak makan!

Rasanya kalau mereka ini punya akhlak yang baik, budi pekerti yang tinggi, sedar diri, rajin bekerja, hormat rakyat Malaysia dan tunduk dengan undang-undang negara ini. Pasti mereka akan dihormati dan diraikan. Tapi bila mereka mencabar kedaulatan negara ini dan mencalarkan hati rakyat Malaysia, pasti mereka dibenci dan tidak diraikan. Di mana bumi di pijak di situ langit dijunjung. Kita berbudi, mereka berbahasa lah. Bukan susah!

Jadi, untuk mereka yang nak mempertahankan Rohingya kerana kemanusiaan atau apa saja alasan korang, apa kata korang ambil mereka bekerja dengan korang dulu. Tak kenal, maka tak cinta bukan? Cakap saja tak guna, action speaks louder than words!

Tanyalah mereka yang pernah ambil mereka bekerja. Pasti kau dengar cerita yang hampir sama!

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.