SANGAT KONTRADIK BUKAN?

S

Aku bukan kata jangan bayar cukai or tak boleh kutip cukai. Cukai yang aku telah bayar secara advance melalui pcb dan cp204 aku rasa jauh lagi banyak dari mereka yang konon membayar cukai.

Aku boleh pilih untuk membayar kemudian setelah audit atau cukup haul. Tapi, aku memilih untuk membayar awal kerana aku hendak membantu kerajaan membangunkan negara. Nanti aku publish record aku bayar berapa.

Aku cuma point out beberapa isu sahaja.

1. Sekarang bukan masa sesuai pemungut cukai nak bersikap macam zi0nis memaksa sme, startup, anak muda, m40 dan b40 untuk membayar cukai.

2. Jika kerajaan telah mengeluarkan pekeliling yang membenarkan kelonggaran, semak semula, dan penjadualan semula, sangat ironi dan contradict jika pemungut cukai masih “harras” pembayar cukai.

3. Sikap pemungut cukai yang tiada budaya budi bicara, nilai insani dan manusiawi, dilihat sakan mengejar bonus daripada mendengar denyut nadi rakyat seakan menunjukkan betapa lapar mereka mengejar bonus.

4. Hukum HARUS memungut cukai dari para ulama’ yang membenarkan cukai dikutip adalah kerana maslahah dan mempunya syarat-syarat dan dhawabit-dhawabitnya dilihat tidak diikuti dan dilanggar oleh kerajaan mahupun pemungut cukai.

Jadi, aku bersuara untuk para peniaga sme yang terkesan dengan pandemik ini, startup, anak muda, b40, dan m40 yang sedang di”harrass” oleh pemungut cukai dengan kaedah-kaedah biasa yang mereka guna.

Aku masih menanti pegawai LHDN yang sorang tu, nak tengok macam mana dia buat tax declaration sebab dia ada SSM dan berniaga. Dia buat ke tak. Kalau dia buat, aku nak belajar dengan dia. Dia kan ahli kononnya.

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.