sehingga kini anak orang miskin diberi ruang kemasukan khas di MRSM.

s

Sebenarnya sehingga kini anak orang miskin diberi ruang kemasukan khas di MRSM.

1. Sabah/Sarawak – PMR/Pt3 4A sudah cukup untuk masuk.

2. Semenanjung – PMR/Pt3 6A sudah cukup untuk masuk.

Kini, sekolah berasrama penuh makin banyak. MRSM pun makin banyak, SBP lagi, SMKA pun banyak juga, Sekolah Bestari la dan Sekolah Agama Menengah (negeri) yang entah ada berapa. Jangan lupa, sekolah teknik juga menjadi pilihan ramai.

Semua sekolah-sekolah ini punya kuota untuk anak-anak orang miskin.

Bukan semua orang gila nak masuk MRSM, dan MRSM bukanlah sebuah sekolah yang baik. Maka terpulang kepada ibubapa dan pelajar itu memilih sekolah mana. Setiap orang ada preference dia masing-masing.

Gua rasa Dr. Muhammad Khalid tidak berapa adil dalam menganalisa data. Sepatutnya diambil dari kesemua sekolah-sekolah berasrama penuh, dibuat perbandingan kemasukan pelajar miskin yang cemerlang setiap tahun, naik atau turun dan dibandingkan dengan peratusan kadar kemiskinan negara. Nak lagi power, buat kajian kenapa pelajar cemerlang miskin tidak memilih MRSM.

Masa zaman gua dulu pun dah ada orang pertikaikan tentang kemasukan pelajar bandar dan “kaya”. Jawapan pengarah MARA ketika itu pada gua agak baik,

beliau kata ianya sebagai pusat integrasi orang kaya dan orang miskin berkenalan mengenali hati budi masing-masing, tolong menolong dan bekerjasama antara satu sama lain di MRSM.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.