Bila aku usya wall pemilik firma atau peguam yang nak mengkomitalkan aku, terlihat ketaksubannya terhadap peguam Tiktok yang terang-terang buat subjudice sebelum ini.
Alah, peguam yang buat video sound-sound orang awam tu. Yang rajin buat Tiktok dan berdansa tu. Dia merupakan salah seorang peguam Bainun juga. Tapi, kali ini dia import Khalisa pula, mantan anak didik dia barangkali.
Aku nak flashback balik kes adik Bella ini sebelum sampai ke mahkamah.
1. Mommy Zurianty buat laporan polis. OKT yang dah habis kuarantin siap boleh buat birthday party, tak kena reman, saksi mata ada dengan OKT lagi.
2. Selepas Kak Mona import aku masuk, aku kerahkan segala aset yang aku ada, barulah OKT dipanggil diambil keterangan. Tetap tidak direman dan saksi mata masih tinggal dengan OKT.
3. Kemudian desakan terhadap JKM kami buat sehingga Rumah Bonda disita dan anak-anak angkat OKT JKM diambil. OKT masih belum didakwa.
4. Mommy Zue dan Kak Mona dapat surat amaran daripada peguam OKT. Kemudian, aku, Kak Zue, Kak Mona dan beberapa aktivis lain telah dilapor polis dan kami disiasat, phone kami dirampas.
5. Melihat kes adik Bella ini senyap selepas viral pertama, ramai bekas-bekas penghuni yang sedikit berani datang menghubungi kami, kami nasihatkan mereka untuk buat laporan polis. Seramai 7 orang kesemuanya.
6. Kesemua mereka menceritakan kisah mereka didera dan melihat adik Bella didera. Sangat konsisten cerita mereka dan saling menguatkan diantara satu sama lain.
7. Akhirnya, selepas lebih kurang 40 HARI, 40 HARI tau. Baru pertuduhan dibuat. Sebelum itu peguam propagandis dah canang hanya pengabaian sahaja yang akan dikenakan.
8. Tuduhan pertama hanya pengABAIan sahaja. Perlu diingatkan, ketika itu beberapa saksi yang tinggal dengan OKT masih tinggal dengan OKT.
9. Merasakan sesuatu tidak kena, kami mendesak Menteri mengambil serius. Malangnya menteri hanya suka berdrama dan mencuci najis unggas.
10. Jiran-jiran OKT yang pernah terjumpa adik Bella dalam keadaan yang menyedihkan buat laporan memberikan kesaksian yang pernah terlihatnya dalam keadaan menyedihkan.
11. Saksi-saksi mata yang tinggal dengan OKT berjaya melarikan diri. Laporan polis baru dibuat. Katanya kenyataan dia sebelum ini adalah tidak betul kerana polis mengambil kenyataannya di hadapan OKT.
12. Dengan bukti-bukti baru, team #JusticeForBella telah buat memorandum dengan dikepilkan segala bukti-bukti lama dan baru kepada Menteri Wanita, Menteri KDN, PM, AGC, YDP Agong, Menteri undang-undang. Akhirnya, OKT telah ditambah pertuduhan.
13. Barulah tuduhan penganiayaan (penderaan) dikenaka ke atas OKT.
14. Selepas itu, masih ada drama lagi. Sebelum-sebelum tu jangan ceritalah. Sampai aku terfikir nak buat dokumentari.
Anyway, kalau korang perasan beriya-iya diorang nak matikan suara-suara yang menyokong adik Bella. Walhal mereka sudah ada propagandis yang kononnya mahu menyampaikan cerita side mereka.
Yang menariknya pejabat Khalisa dan Hafidzah ni sebelah-sebelah ke? Alamat sama, beza nombor lot saja? Ke Khalisa pakai lot Hafidzah yang lagi sebelah untuk alamat firma dia. Mungkin Khalisa anak murid tersayang Hafidzah la kot. Mesti Khalisa pandai berdansa dan main Tiktok juga.
ps : Khalisa budak UIA, bukan UiTM tau!