Ramai pula tanya siapa Pengiran Luqmanul Hakim Bolkiah yang telah diumumkan kalah tadi di mahkamah tinggi Kuala Lumpur. Dia perlu membayar sejumlah RM535,000 sebagai ganti rugi dan kos, buat permohonan maaf dan dikenakan injunksi terhadapnya.
Mari sini aku cerita siapa Pengiran ini. Nama sebenar dia Luqmanul Hakim bin Abd Rahim. Dia lahir tahun 80. Nama gelaran dia LuQiee. Di dalam mahkamah, dia admit dia bukan anak angkat Sultan Brunei dan tiada kelulusan pelajaran. None, none, none katanya.
Dia inilah diantara orang yang telah memfitnah aku, sahabat karib aku, Nik Izwan, syarikat-syarikat aku, dan kawan-kawan aku ketika mana kami cuba mendidik dan mengajar masyarkat tentang bitcoin, teknologi blockchain dan matawang kripto.
Taktau kenapa dia nak memfitnah nak mengaitkan aku dengan aktiviti scam dan money laundering. Mungkin kerana tiada ilmu atau cemburu barangkali. Akhirnya aku mengambil tindakan undang-undang yang serius terhadapnya.
Walaupun dia telah memungut derma untuk menyaman aku sebelum itu, tetapi dia tidak melakukannya. Sejurus selepas aku masuk saman, dia terus mendelete dan memadamkan akaun Facebook yang kononya real, genuine dan fighter.
Dalam defence dia di mahkamah, dia kata dia tidak ada Facebook, segala posting fitnah itu bukan di yang tulis. Basically dia buat bear denial. Tapi kami sudah siap sedia untuk menanggapi defence seperti tu.
Akhirnya, dia kalah. Walaupun dia menggunakan 3 orang peguam India yang senior dan hebat. Walaupun dia menggunakan macam-macam cara untuk mengganggu dan melambatkan perjalanan perjalanan kes. Kebenaran itu jelas.
Buat mereka yang pernah menderma kepadanya, ketahuilah, dia tidak menyaman aku, bahkan dia juga tidak memberikan duit derma Kak Ros vs Affiliate Junction kepada Kak Ros yang dinamakan Derma Avengers di group Ponzi Sceheme Alert.
Aku pernah terjumpa dia, dan aku sendiri bertanya kepada dia. Selamat menonton video di bawah ini!