“Kalau aku tak salah, aku tau kau yang salah, aku akan kejar kau sampai mahkamah persekutuan!”
Kes yang satu ini sudah hampir 3 tahun. Memang bangsat rasanya menunggu lama macam ni. Macam-macam helah gang di sana buat untuk delay-kan kes ini.
Alhamdulillah. Perbicaraan hampir sampai ke penghujung. Awal bulan ini giliran Aliff Ahmad III menjadi saksi. Sedikit pun aku tak goyang. Bahkan aku enjoy dan gembira.
Sampai pihak di sana yang jem taktau nak tanya apa. Diorang gagal break aku. Jadi aku dilepaskan tak sampai 1 jam. Boring rasanya soalan-soalan yang ditanya takda kena mengena dengan kes sebenar.
Hari ini pula giliran Nik Izwan Kamel menjadi saksi. Sekali lagi pihak di sana terkejut dengan persembahan beliau. Steady, tenang dan yakin. Sampai pihak di sana tanya soalan yang bukan-bukan yang aku kira takda kena mengena dengan direction kes.
Ya, agak lucu! Siapa sangka sahabat aku yang orang sangka tak agresif, jauh lebih sinikal, brutal dan liar menjawab soalan-soalan dari pihak di sana.
Kenapa kami rilex, steady dan cool? Sebab kami tau kami tak salah. Sebab itu kami tak takut. Kami hanya perlu beritahu mahkamah secara jujur sahaja.
Itulah kekuatan kebenaran yang sebenar. Jadi, kalau kau bercakap benar dan memang di atas kebenaran, tak perlu takut dipanggil ke mahkamah.
Siapa sini ada pengalaman masuk kandang mahkamah?