TEKNIK/METHOD/SYSTEM WYCKOFF BERJAYA?

T

Berdegar-degar penganut “agama” Wyckoff cuba menegakkan benang yang basah. Tetapi seorang pun tiada yang berani membuktikan sistem tersebut berjaya melalui pembuktian yang sahih lagi sarih. Termasuklah so called mahaguru Wyckoff Malaya.

Kaedah fiqh berbunyi,

“Bukti ke atas dakwaan..”

Maka buktikan dengan trading history/record/PnL yang sistem Wyckoff ini berjaya, boleh buat duit dan kau sendiri buat duit. Tak guna kau berdegar-berdegar tulis itu dan ini, bukti tarak. Sembang kencang, gebang bobi boleh terbang.

Apa beza puak sifu saham ni dengan Boi Iman mahupun Ustad Nursham. Dua orang figura ini dikatakan scammer kerana gagal menyiapkan rumah customer-customernya. Bezanya itu hal bikin rumah, ini hal ajar sistem yang kau sendiri tau gagal.

Untuk isu sifu saham pula, buktikanlah anak-anak murid telah berjaya buat duit dengan trading saham menggunakan sistem Wyckoff yang dipelajari dengan menunjukkan bukti kejayaan tersebut. Sebab tuan guru pun kecut nak tunjuk sebab dia sendiri pun gagal barangkali.

Di bawah ini contoh sembang kencang, gebang bobi boleh terbang. Bila aku tanya dah buat backtest ke? Tak respon. Walhal, dia yang add aku, aku tegur taknak reply pula. Setakat satu kali sistem kau menjadi, kau tunjuk kat wall kau, masa tak jadi? Tak jadi pula berapa kali?

Sebab itu trading history itu penting. Backtest 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun. Lagi lama kau backtest lagi power validation sistem kau. Kalau backtest pun tak pandai, apa kau nak sembang lagi?

Projek-projek pembodohan umat untuk mengutip duit masyarat yang jahil dan ingin kaya inilah yang aku lawan dan tentang. Aku faham, kau ada 2 option. Sama ada kau jadi mahaguru atau kau jadi scammer jika kau tunjukkan trading history kau selama ini. Untuk selamat, kau pilih untuk terus melakukan projek pembodohan.

Macam aku sebut selama ini. Dunia ini akan jem kalau 1 system yang boleh didapati dengan mudah dalam buku dan kelas mampu menjadikan anda kaya. Semua orang ada access. Tiada lagi pemandu ehailing, ejen takaful, ejen unit trust, tukang masak dah. Mereka semua buat duit dengan trade saja.

Ingat tuan-tuan,

“Asal trading saham itu merugikan, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

“Asal trader itu rugi, melainkan dibuktikan sebaliknya..”

Jangan trade saham, trading saham bukan untuk semua orang..

Baik korang buat task dekat Cybertrooper lagi baik! Confirm-confirm lepas buat job dapat duit..

Nak tau macam mana? Click sini..

shorturl.at/noqQ3

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.