The International Jew – The World’s Foremost Problem

T

Siapa pernah baca buku ni? Buku ini sebenarnya himputan artikel-artikel yang ditulis oleh the one and only Henry Ford.

Mungkin ramai yang kenal Henry Ford sebagai pencipta kereta yang terawal. Henry Ford juga pernah menjadi insan yang memberi tamparan besar kepada kaum Yahudi melalui tulisan-tulisan beliau yang diterbitkan oleh The Dearborn Publishing.

Aku kenal buku ini ketika aku dipertemukan dengan Dr. Mahathir hampir 15 tahun lalu. Aku bertanya, apakah buku yang dia paling suka dan nak kami juga baca. Jawapannya ringkas,

“The International Jew.”

Buku ini menceritakan bagaimana kaum Yahudi menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mendominasi dan mengawal dunia. Mungkin atas sebab itulah, kita dapat lihat bagaimana Tun M begitu skeptikal dengan bangsa Yahudi.

Yang menarik juga, Hitler juga membaca naskah tulisan Henry Ford dan disebut dalam memoirnya Mein Kampf seolah-olah memberi pengiktirafan kepada tulisan-tulisan Henry Ford yang membongkar gerakan Yahudi yang sedang menguasai dunia melalui pelbagai cara dan gaya.

Siapa nak belajar seni Yahudi melalui kacamata pembenci Yahudi? Bacalah buku ini. Kalau kau tak boleh buat kereta terbang pun, kau bolehlah gebang sampai terbang dengan teori-teori konspirasi.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.