Terus berusaha dan berdoa, tuhan tak pernah miskin, tidur dan buta.

T

Dalam hidup gua, apa yang berlaku walaupun memberi impak negatif dalam hidup gua, gua tetap mencari ruang positif.

Ketika harga ringgit jatuh merundum, import jadi kurang untung, gua cari ruang untuk buat export. Ketika harga ringgit jatuh, export naik mencacak-cacak.

Ketika Malaysia tidak kenal lagi dunia kripto dan blockchain technology, teknologi ini difitnah sebagai scam, illegal dan etc, gua setup company di luar negara dan cari talent luar dan job di luar negara. Alhamdulillah, sampai reject client.

Ketika semua orang gila nak mining bitcoin dan kripto, difficulty akan naik, jadi kami stop mining tapi kami berikan servis, jadi consultant dan supply barang.

Ketika harga kripto dan bitcoin naik menggila, kami tak beli, nampak ramai orang jadi kaya, kami kekal buat servis, exchanger, ico, api, wallet, smart contract, coin dan macam-macam lagi. Bila harga kripto drop pun, kami tetap maintain makan fee maintenance sampai hari ini.

Jadi, gua nak nasihatkan abam-abam, akak-akak dan adik-adik Gamuda agar beriman dengan tuhan yang memberi rezeki. Carilah peluang lain, jangan berharap pada makhluk kerana khazanah tuhah tak pernah berkurang.

Tuhan zaman Qarun dan Firaun adalah tuhan yang sama zaman ini. Tuhan yang memberikan kekayaan dan kekuasaan kepada mereka juga tuhan yang sama.

Apa lu orang tak cukup yakin lagi dengan tuhan? Atau tuhan lu orang tak cukup power perlukan makhluk seperti kerajaan manusia dan syarikat public listed?

Terus berusaha dan berdoa, tuhan tak pernah miskin, tidur dan buta.

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.