Sahabat aku Mohd Aftar, seorang sarjana statistic. Pemegang Phd dalam kajian radomness dari Adelaide, Australia. Sekarang berkhidmat sebagai pensyarah kanan di UKM.
Bila kami bersembang-sembang, dia pernah minta aku ajar sistem milik syarikat aku. Aku jawab,
“Tak boleh bro, theory of probability punya isu. Kau faham kan?”
Dia terus faham. Dia tahu seni statistic ini adalah ilmu mencari rahsia dalam rahsia. Dia juga tidak bersetuju manusia-manusia di luar sana yang mengajar segala sistem yang off the shelve.
Bak kata guru kami yang mulia,
“Kalau ada 1 buku yang ajar orang untuk buat duit dan ia pasti jadi, tak sempat buku tu habis print orang dah tunggu..”
Jadi, kalau korang nak betul-betul mendalami ilmu statistic dalam konteks technical analysis, korang mintalah sahabat aku tu buat kelas asas..
Nanti baru kau sedar yang dunia analisis saham ini bukan benda mudah yang kau boleh ceduk sana sini untuk berjaya. Baru kau akan sedar yang..
“TRADING SAHAM BUKAN UNTUK SEMUA ORANG..”
😉
ps : Gambar hiasan Charles Dow. Pengasas Dow Jones.