Kepimpinan melalui tauladan. Mudah saja. Itu prinsipnya. Jika undang-undang hanya dikenakan, dikuatkuasakan hanya terhadap rakyat marhaen dan orang miskin sahaja. Maka, bersiap sedialah!
Undang-undang perlu bersifat menyeluruh, Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau menceritakan,
أَنَّ قُرَيْشًا أَهَمَّهُمْ شَأْنُ الْمَرْأَةِ الْمَخْزُومِيَّةِ الَّتِي سَرَقَتْ، فَقَالُوا: مَنْ يُكَلِّمُ فِيهَا رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالُوا: وَمَنْ يَجْتَرِئُ عَلَيْهِ إِلَّا أُسَامَةُ، حِبُّ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَكَلَّمَهُ أُسَامَةُ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَتَشْفَعُ فِي حَدٍّ مِنْ حُدُودِ اللهِ؟» ثُمَّ قَامَ فَاخْتَطَبَ، فَقَالَ: «أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا سَرَقَ فِيهِمِ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وَإِذَا سَرَقَ فِيهِمِ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عَلَيْهِ الْحَدَّ، وَايْمُ اللهِ لَوْ أَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ لَقَطَعْتُ يَدَهَا»
“Sesungguhnya orang-orang Quraisy risau keadaan (nasib) wanita dari bani Makhzumiyyah yang (ditangkap) mencuri. Mereka berkata, “Siapa yang bisa melobi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam?”
Mereka pun menjawab, “Tidak ada yang berani kecuali Usamah bin Zaid yang dicintai oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.”
Maka Usamah pun berjumpa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (untuk meringankan atau membebaskan si wanita tersebut dari hukuman potong tangan).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian bersabda,
“Apakah Engkau memberi syafa’at (pertolongan) berkaitan dengan hukum Allah?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pun berdiri dan berkhutbah,
“Wahai manusia, sesungguhnya yang membinasakan orang-orang sebelum kalian adalah jika ada orang yang mulia (memiliki kedudukan) di antara mereka yang mencuri, maka mereka biarkan (tidak dihukum), namun jika yang mencuri adalah orang yang lemah (rakyat biasa), maka mereka menegakkan hukum atas orang tersebut. Demi Allah, sungguh jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan memotong tangannya.”
(HR. Bukhari no. 6788 dan Muslim no. 1688).
Begitulah keadilan. Bukanlah hukuman dan undang-undang hanya dikenakan atau digunapakai untuk rakyat marhaen. VIP, menteri, menteri agama, menteri belia, timbalan menteri, lebai dan elitis tidak terkena atau terpakai hukuman undang-undang tersebut.
Apakah darah kami, marhaen berbeza warnanya sehingga ada di kalangan kami dilokap, dikompaun dan dipenjara kerana melanggar arahan PKP?! Tetapi tidak mereka yang punya berstatus?!