YASMIN – PEMBELA ADIK BELLA YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA

Y

Siapa yang follow kes adik Bella mesti terbaca nama Yasmin Nahar. Yasmin ialah housemate adik Bella yang tinggal sekali di rumah kondo Siti Bainun. Yasmin merupakan saksi mata yang dipilih DPP untuk menjadi saksi utama kes tersebut.

Untuk pengetahuan korang semua, Yasmin ini bekas penghuni Rumah Bonda. Menurut Yasmin, dia diajak tinggal dengan OKT tetapi dilayan seperti hamba abdi. Takkan nak kata bekerja kan? Tiada gaji, tiada EPF dan tiada SOCSO. Lagipun, OKT tu kerja apa? Bisnes apa kan?

Pada awalnya Yasmin tidak mahu memberi kerjasama kepada team #JUSTICEforBELLA, mungkin kerana dia takut, mungkin dia telah diugut dan diancam, disogok, atau mungkin dia masih dikawal oleh OKT. Sehingga pada awal-awal kenyataannya dia berpihak kepada OKT. Yelah, ketika itu dia masih tinggal dengan OKT. Inilah masalah bila OKT tidak direman.

Tetapi, selepas beberapa minggu viral kes adik Bella, Yasmin insaf, dia bertekad nak menyatakan kebenaran. Dia lari dari rumah OKT, pergi mencari aktivis dan menceritakan hal sebenar. Aku ketika itu tidak percaya kepada Yasmin. Mungkin ini perangkap pihak di sana.

Maka aku menegaskan, kalau Yasmin benar-benar nak bantu adik Bella mendapatkan keadilannya, sila buat akuan bersumpah (SD) cerita-ceritanya dan buat balik laporan polis . Alhamdulillah, cadangan aku diterima dan Yasmin telah buat kedua-dua dokumen tersebut dengan baik.

Sesiapa yang membaca SD Yasmin pasti mengalirkan air mata, selagi kau punya hati manusia. Melainkan kau seorang penghina Nabi, pencaci suami, pendera kanak-kanak dan pembenci OKU. SD Yasmin dijadikan dokumen penting pihak pendakwaan untuk dikumpul dan dicompile kenyataan saksi-saksi lain.

Yasmin ini hanyalah seorang remaja yang lemah, dhaif dan naif. Datang dari keluarga miskin. Sudah banyak termakan budi dengan OKT. Tetapi, dia telah keluar beranikan diri untuk menyatakan kebenaran. Dia telah bangkit daripada menjadi seorang pengecut yang ditindas untuk memberi kenyataan di dalam mahkamah!

Perkara tersebut bukan mudah. Dia hanyalah seorang wanita muda, berumur 19 tahun, sedang mengandung, sedang berpuasa ketika dia memberikan persaksian. Dia boleh pilih untuk diam, dan blah. Atau minta duit kepada OKT untuk dia diam. Ini bukan kes dia. Bukan macam kes doula Wakanda yang mana dia yang menyaman. Bukan Yasmin yang mendera, tidak seperti doula Wakanda yang telah menyebabkan seorang bayi mati. Yasmin datang jadi SAKSI. Ada beza tu.

Yasmin terpaksa meredah kedahsyatan 10 orang peguam OKT yang kelaparan mahu melapah insan kerdil dan lemah sepertinya. Mereka cuba membogelkan segala kisah silam, memalukannya, memutar belit fakta, pusing kenyataannya, agar dia koyak dan menjawab soalan secara salah. Sehingga Yasmin diserang anxiety dan depression katanya.

Ya, memang ada dalam beberapa cross, Yasmin kelihatan down dan gagal memberi jawapan yang baik. Mungkin terlalu letih. Puasa kan? Dia juga sedang mengandung. Ditambah dengan DPP makan gaji yang tidak protect dia. Lunyai Yasmin dikerjakan oleh peguam-peguan belah sana. Nasiblah Tuan Hakim yang menguruskan kes ini sangat cool, sangat baik dan tidak lemau seperti DPP, dia yang sekali sekala cuba mengawal emosi Yasmin.

Mungkin demi memberikan keadilan yang terbaik. Yelah, mestilah hakim nak dengar kenyataan yang baik untuk diadili kan? Bukan kenyataan dalam keadaan tertekan dan koyak. Yasmin telah digoreng habis selama lebih 5 hari. Takkan tak lunyai? Akhirnya, Yasmin bangkit kembali dan menjawab segala dakwaan dan kenyataan jahat terhadapnya dengan agak baik.

Pada aku Yasmin ialah insan yang sangat hebat, mulia dan berani. Dia terpilih. Dia boleh pilih untuk diamkan diri, lari, kautim dengan OKT atau buat taktau, pergi kerja macam biasa, tetapi dia pilih untuk memberikan persaksian, mengambil risiko dimalukan, dihina dan disiat-siatkan kredibilitinya di dalam mahkamah. Mungkin mengambil risiko kerana menentang bekas “godmother” dia.

Tiada siapa yang memaksanya. Tiada siapa yang menyuruhnya. Tiada siapa yang membayarnya. Yasmin sendiri yang datang dan lawan. Dia tidak ada 10 peguam di belakangnya, dia tidak kenal DS Zahid Hamidi dan Mas Emeriyati, dia tiada sahabat baik yang akrab dengan Hannah Yeoh dan Syed Saddiq. Dia hanya ada dirinya dan kita-kita yang mendoakannya.

Pengalaman aku menjadi whistleblower semenjak 2 menjak ni, ramai yang suka pm tepi, mengadu itu dan ini, report itu dan ini. Bila aku suruh lawan sendiri, takut. Bila aku suruh report polis taknak buat. Korang rasa spisis ni berani kalau aku panggil dia jadi saksi di mahkamah. Memang TAK lah.

Ada ramai yang kuat memekak konon berani, liar, hero, bila dapat LOD, ghaib. Bila polis panggil, esok senyap. Bila kena saman, minta maaf. Paling lemau, aku ajak jadi saksi pun taknak. Dalam sosmed berdegar konon orang yang nak bercakap benar, integriti tinggi. Tapi bila diajak ke mahkamah, tak berani. Padahal lagi tua dari Yasmin, lagi stabil dari Yasmin dan lebih matang daripada Yasmin.

Lebih-lebih lagi kes adik Bella ni, dah viral, jadi national interest dan public berharap sesuatu. Lebih menjadikan ia gila adalah penglibatan kaum liberal gila dan antivax miskin peminta sedekah yang cuba menghina dan mengganggu saksi. Biarpun bertudung litup dan berjanggut usrah, konon memperjuangkan saf solat jemaah. Tetapi, ia bersama-sama dengan penghina Nabi dan Islam. Apa nak pelik kalau dibayar sesuap mi segera oleh si pendera. Kan?

Yasmin tidak pernah menghina Nabi, menghina ayah mentuanya, mencaci suaminya, tidak terlibat dalam kematian bayi, tidak dituduh mendera adik Bella, tidak bekerja dengan syarikat syaitan, tidak juga diketawakan oleh seluruh hadirin mahkamah. Bahkan ramai yang mendoakan Yasmin.

Buat adik Yasmin, apa yang awak buat ini adalah sangat mulia. Semoga Allah bagi awak ganjara syurga. Persepsi jahat 32 penipuan awak yang dibuat oleh antivax lapar duit saman tu, awak telah jawab dengan baik.

Tahniah!

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.