“BRO, MACAM MANA NAK BANKRAPKAN DIRI?”

Semalam, ada seorang member tanya soalan macam tu. Maklumlah, semenjak aku mengkritik LHDN secara terbuka ni, ramai pula macam nak ambil aku jadi advisor.

Dia cakap, sedara dia tanya macam mana nak bankrapkan diri. Sebab sedara dia dah malas diganggu tax officer dan nak memilih jalan membankrapkan diri.

Haha!
Lawak kan?

Tapi hakikatnya tidak lawak. Dia seorang pengusaha kedai makan yang dah terlungkup dek covid. Tahun ini tax office Wakanda hantar taksiran untuk cukai RW450k! Aku kesian dengan usahawan-usahawan kecil dilanyak sebegini sehingga dia berfikir membunuh career business begitu sahaja.

Macam biasalah teknik pemungut cukai dari neraka ni, sign or kami akan audit lebih detail dan menyusahkan hidup awak! Taksiran petik dari langit dengan andaian hari-hari dapat job family day dari tax office.

Aku pun kasitau sedara dia. Hadap jela, kenapa pilih untuk bankrap. Boleh minta waive saja penalti haram jadah tu. Boleh minta diskaun due tu covid dan boleh minta installment selama 6 tahun macam Aspen Group Singapura dapat. Boleh try juga minta bayar lepas 20 tahun macam Yayasan LHDN di Malaysia.

Takut apa? Kita wira negara kan!

Cumanya, aku tertanya-tanya, kalau ada seorang yang berfikiran nak membankrapkan diri semata-mata malas nak layan kezaliman tax office, mesti ramai juga terfikir begitu.

Di negara Islam Malaysia, berapa ramai yang dilanyak oleh LHDN sampai bankrap atau mampos? Especially kaum Bumiputra? LHDN ada keluarkan statistik tak kejayaan diorang membunuh dan membantutkan usaha anak muda yang baru nak hidup?

Siapa tau? Ya

Yang aku tau pegawai LHDN ada bonus kaw-kaw, family day kaw-kaw, dan ada Yayasan dapat 100 juta untuk dibelanjakan tanpa binding agreement.

Kita semua, ada apa? Dapat apa?

😜

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.