LEGEND YANG MELAWAN KUKU BESI TUN M SUDAH TIADA..

L

Tempoh hari peguam rakyat, Mahmud Jumaat baru sahaja menulis tentang perang epik diantara badan kehakiman dan eksekutif. Tun Salleh dilihat berani dan steady melawan pentadbiran kuku besi Tun M.

(Rujuk : https://www.facebook.com/100001229795039/posts/3814977241886565/?d=n)

Beberapa hari lalu, beliau disahkan positif covid-19, hari ini beliau meninggalkan kita semua. Yang menariknya, semalam, aku, Nik Izwan Kamel dan guru kami, Wizard Khumeini bercakap tentang beliau.

Kata guru kami, Tun Salleh ialah jirannya ketika dia tinggal di Jalan Damai, Ampang. Seorang yang sangat wara’, fasih berbahasa Arab dan menjadi imam subuh secara konsisten. Kalau hari Jumaat, memang Tun Salleh akan manjadi imam dengan bacaan surah Sajadah dan al-Insan.

Walaupun masjid di situ mempunyai imam tetap, imam tetap pun suruh beliau menjadi imam. Tun Salleh tidak pernah sesekali bercakap pasal politik dan keburukan orang lain walaupun ditanya.

Kalau dulu aku mendengar cerita dari orang, semalam aku dengar pengalaman first hand orang yang pernah bermuamalah dengan beliau secara langsung.

Berehatlah Tun Salleh, semoga bersama di kalangan orang soleh. Jasanya mempertahankan separation of powers di Malaysia pasti akan dikenang selama-lamanya.

Biar jasa jadi kenangan, biar sejarah jadi lipatan, hanya amalan menjadi teman..

Inna lillahi wa inna ilahi roji’un..

;(

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.