ONEXOX – ADAKAH BENAR ONEXOX 100% MILIK MELAYU ISLAM BUMIPUTERA?

O

Aku selalu melihat apabila kempen mengenai membeli produk Bumiputera Muslim, pejuang-pejuang OneXox akan berkempen masuk di ruangan yang ada. Persoalan aku, kenapa syarikat telco lain tidak begitu beriya-beriya menghantar pejuang-pejuang mereka untuk spam wall-wall tersebut? Kenapa dealer-delar Celcom tidak beriya-iya seperti mereka? Bukankah Celcom juga jenama yang sinonim dengan Melayu?

Dalam masa yang sama, aku tertanya-tanya, adakah benar OneXox ini milik Bumiputera Muslim kerana setahu aku Xox adalah syarikat public listed milik bangsa Cina?

Aku telah melakukan pencarian SSM dan aku dapati OneXox dimiliki 60% Xox dan 40% Onetelco. Majoriti pengarah Onexox juga ialah bangsa Cina dan secretary juga 100% bangsa Cina. Tiada nama Bobie Farid Shamsudin di dalam senarai pengarah. Kenapa? Jadi, adakah Onexox adalah syarikat Bumiputera Muslim? Atau sebenarnya hanya proxy Xox untuk cater market Melayu setelah Xox sendiri gagal dalam market Cina?

Bagaimana definisi syarikat Muslim Bumiputera? Majoriti BOD Melayu Muslim? Majoriti share milik Melayu Muslim? Atau hanya sekadar memiliki sijil patuh syariah sudah cukup? Onetelco dilihat seolah-olah hanya proxy atau SPV (special purpose vehicle) untuk memegang share sahaja jika dilihat dari paid up capitalnya yang tidak seberapa.

Adakah dengan memiliki sijil patuh syariah menjadikan syarikat yang bukan berstatus bumiputera menjadi 100% bumiputera? Menjadikan pemilikannya 100%. Affiliate Junction dan Tone Excel juga memiliki sijil patuh syariah, adakah mereka juga 100% Muslim/Bumiputera/Melayu/Islam?

MENIPU (TADLIS) DALAM MARKETING JUGA TIDAK PATUH SYARIAH!

Tuan-puan, SCRUT dulu sebelum percaya. SCRUT before you get SCREWED!

Sila rujuk lampiran-lampiran yang aku sediakan. Aku dah tolong SCRUT untuk korang. Untuk bacaan penuh, sila ke :

https://aliph.my/adakah-benar-onexox-syarikat-milik-bumipu…/

Disediakan oleh,
Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
www.scrut.my

ONEXOX – ADAKAH BENAR ONEXOX 100% MILIK MELAYU ISLAM BUMIPUTERA? Aku selalu melihat apabila kempen mengenai membeli…

Posted by Aliff Ahmad III on Tuesday, September 3, 2019

Mengenai penulis

1 komen

  • Penjenamaan telco ni sangat mengelirukan. Web page xox dan onexox tak sama. Tp dalam page xox dan onexox ada ilustrasi yg sama. Ada artikel tulis xox (cina) dan onexox (bobby).

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.