OPTION TRADING : HALAL ATAU TIDAK?

O

Apa khabar jutawan saham hari ini? Luar biasa baik?

Amboi mat bursa, riyak dan takabbur korang tunjuk popit ye sekarang ni?! Bolehlah share 1 tahun punya p&l atau record trading korang nanti. Takkan korang trade masa tengah bullish je kan?

Anyway, hari ini aku nak cerita pasal option trading pula. Disclaimer siap-siap, aku ni bukan guru saham atau sifu saham. Aku juga bukan trader. Tapi, aku telah terjebak dengan industri ini kerana syarikat aku telah terlibat membina AI system untuk industri ini. Jadi sedikit sebanyak aku taulah. Walaupun aku tak kaya, tapi aku handsome! 😜

Masa nak start projek ini, dewa coder AI trading, Nik Izwan Kamel ajak aku pergi ke kelas introduction saham global. Aku malas nak sebutlah siapa punya program. Program free je pun. Pembentang dan penceramah semua ada macam-macam sijil dan lesen. Hebat-hebat mereka ni. Tapi macam yang korang taulah, kelas free ni biasanya kelas upsell untuk ke kelas seterusnya yang berharga beribu-ribu.

Apa yang diorang ajar? Beli masa jerung beli, jual masa jerung jual. Tengok institutional beli apa, kita follow, sebab diorang lagi power buat due-D. Yang lebih menarik, diorang tak ajar beli ibu saham, tetapi diorang perkenalkan option. Perkenalkan broker Saxo. Kenapa Saxo? Nanti aku cerita..

Dalam penerangan tersebut, mereka kata option ni ada khilaf. Ada kata boleh, ada kata tidak. Mereka menyebut nama Dr. Daud Bakar juga kata boleh. Atas dasar husnuzon, aku menerima hujah mereka. Takkanlah mereka yang berdiri di depan aku itu, degan lesen dari SC dan bekerja dengan bank terkemuka sanggup berdusta.

TETAPI!

Beberapa hari lalu, aku telah memeriksa semula pandangan majma’ fiqh sedunia tentang option trading, aku dapati option trading tidak patuh syariah. Jadi tang mana yang harus? Ada, tetapi yang diluluskan oleh penasihat syariah SC Malaysia sahaja. Jadi, option di luar sana sebenarnya tidak patuh syariah.

Ada lagi option yang dibenarkan. Option untuk mengurangkan risk atau warrant seperti yang diterangkan oleh Dr. Zaharuddin. Rujuk link dibawah :

Maka, option trading dibuat selain dari itu adalah tidak patuh syariah, sebagaimana yang telah ditetapkan oleh majlis-majlis fatwa di peringkat tempatan dan antarabangsa. Adapun, pandangan peribadi sesetengah individu, maka ia pandangan yang marjuh (lemah). Ia ibarat pandangan syadz (ganjil) yang jelas tertolak.

Tentang dakwaan kononnya Dr. Daud Bakar membenarkan option trading, beliau telah membetulkan salah faham tersebut dengan video terbaru yang aku share di bawah. Dengarlah elok-elok. Dr. Daud ialah Ibnu Hibban dalam fiqh kewangan kata ramai sarjana dunia kewangan Islam. Korang boleh tonton terus video di bawah, penegasan tentang option yang beliau maksudkan.

Jadi kenapa guru-guru saham perkenalkan Saxo kepada anda? Kerana Saxo membayar introducer fee paling tinggi diantara broker-broker lain dan Saxo adalah platform untuk trade option. Bukan trade saham yang sebenar. Kalau kau nak trade, kau tradelah diam-diam, janganlah claim ia patuh syariah, sedangkan syariah tidak begitu.

Nasihat aku, biar tak kaya macam diorang, asal handsome dan patuh syariah macam aku.. 😜

Allahu’alam..

https://www.facebook.com/aliff.ahmad.754/posts/256902512243602

Mengenai penulis

2 komen

Tinggalkan Balasan kepada Siti Batal balasan

  • Bang, nk tanya. Kalau kita guna platform Saxo, tapi kita tak trade option, kita trade motherstock je. Boleh ke?

    Sebab ada yang cakap Saxo tu sendiri tak patuh syariah. So bila buka akaun conventional, mmg automatic tak patuh syariah. Betul ke?

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.