RUGI RM10 JUTA! USAHAWAN ATAU BANGSAWAN?

R

Sepanjang aku berniaga, aku takut melihat kerugian. Yelah, aku meniaga pakai duit sendiri, ada duit kawan-kawan juga. Nak berbelanja pun berjimat cermat. Nak beli aset pun fikir 100 kali.

Tapi semalam, aku baru belajar sesuatu. Sesuatu yang membuka minda aku dalam dunia perniagaan. Kawan aku baru-baru ni terlalu memuji muja seorang anak muda bernama Vivy Yusof, founder kepada ecommerce platform Fashion Valet.

Kawan aku bagitahu yang Fashion Valet akan buat IPO, hebat orangnya sehingga dianggap ikon anak muda, dilantik menjadi pengarah UiTM, yang paling penting katanya, dia mendapat funding dari PNB. Ini menarik perhatian aku kerana ia melibatkan wang rakyat!

Sebelum aku pergi jauh, aku browse la dulu pasal Fashion Valet dan Vivy Yusof ni. Fashion Valet ni webnya biasa saja, tiada apa yang hebat pun. Cumanya mungkin ideanya yang berjaya menarik perhatian investor yang suka fashion dan yang buta teknologi. Itu saja.

Tentang Vivy Yusof pula, beliau anak orang kaya, budak private yang belajar di UK. Lifestyle lavish dan memang stylo la. Branding Fashion Valet yang beliau bawa pun memang sesuai dengan gaya hidup beliau. Itu pandangan aku lah. Tapi aku rasa betul la kot.

Dalam bisnes, numbers don’t lie! Disebabkan katanya mahu ke IPO, sampai dilantik menjadi pengarah UiTM dalam usia yang muda, pastilah orang ini sangat hebat berniaga. Tapi sifat semulajadi aku yang tak percaya sangat, maklumlah..

“Get SRUT before WE get SCREWED!”

Aku pun SCRUT lah dulu laporan SSM Fashion Valet.

Fuh! Memang benar PNB ada melabur dalam syarikat tersebut. Hebat!

Tapi syarikat tersebut rugi sebanyak RM10 juta!

Ini yang bikin aku panas, sebab ada duit PNB. Kalau setakat duit bapa dia, apa aku kisah! Nak buat IPO macam mana kalau rugi?

Dalam bisnes, biasanya rugi ini ada 2. Pertama RUGI BETUL, kedua BUAT-BUAT RUGI.

Disebabkan beliau dikatakan seorang usahawan yang hebat, aku lebih cenderung kepada pandangan dia buat-buat rugi. Atau bahasa “Bisnesman Umno” zaman dulu, CASH OUT!

Cash out ini boleh dilakukan melalui gaji yang tinggi dan menjadikan diri sendiri supplier kepada syarikat sendiri. Walaupun syarikat utama rugi, tetapi owner kaya raya disebabkan gaji dan bayaran balik sebagai supplier.

Menurut sahabat-sahabat aku yang sudah bergelar chartered accountant. Mereka beranggapan kerugian sebesar itu adalah kerana overhead yang terlalu tinggi, lavish expenses untuk melakukan branding, dan cashflow management yang gagal.

Apa pun, aku sedikit kecewa kerana syarikat yang didanai wang rakyat tidak memberikan dividen balik kepada rakyat kerana kerugian yang besar. Dengan kerugian sebesar itu, mungkin mengambil masa 2-3 tahun untuk memberi dividen atau mungkin akan di “write-off” saja nanti.

Buat kawan-kawan yang terus menerus hidup dengan data dan info google. Belajarlah tapis maklumat terbuka tersebut dengan data dan fakta yang sahih. Semua orang akan tunjuk dia bagus, tapi kita kena SCRUT semua maklumat yang kita terima. Jangan main telan dan sebarkan saja.

SRUT dulu! Jangan kena SCREW! Rujuk lampiran.

Aliff Ahmad
co-Founder SCRUT
Get SCRUT before WE get SCREWED!
www.scrut.my

Mengenai penulis

1 komen

Tinggalkan Balasan kepada Amin Firdaus Batal balasan

  • Mungkin Datin Vivy boleh pulangkan balik segala saham yang telah dilabur oleh PNB dan Khazanah.

    Bolehlah PNB dan Khazanah rolling balik saham-saham depa dengan labur dalam syarikat Encik Aliff ke?Hihi.

    Anyway, rugi 10 juta memang tersangatlah merugikan.

    Kalau beri 1 juta to me, macam-macam boleh buat!Hahaha

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.