SURAT KE-2 BUAT ANAK-ANAKKU..

S

Anak-anakku sekalian,

Ketahuilah bahawa kalian tidak menanggung apa-apa beban dosa dan kesalahan aku. Kalian suci dan kalian punya takdir sendiri.

Ketahuilah bahawa kalian tidak perlu menunggang dan ditunggang untuk melahirkan anak-anak yang bergelar doktor nanti.

Sedarkah kalian, atok kalian dan nenek kalian hanyalah seorang pegawai rendah kerajaan dan penjual karipap legend. Tidak ditunggang sesiapa.

Tetapi anak-anak mereka ialah doktor pakar, akauntan, dan jurutera. Bukan sebab atok kalian dulu ditunggang. Tidak sama sekali. Atok kalian miskin. Tiada pelajaran, tiada siapa nak tunggang.

Maka wahai anak-anakku sekalian,

berimanlah dengan tuhan rabbul jalil, tuhan yang menentukan rezeki kalian. Bukan aku, bukan mereka dan bukan sesiapa sahaja di dunia ini yang menentukan apa yang kalian bakal jadi.

Aku telah didik kalian dengan manhaj #mindaskeptikal dan asuh kalian dengan mazhab #EvidenceBased, berlayarlah kalian mengembara kalian semoga kejayaan buat kalian.

Jika kalian gagal, bukan salah aku. Jika kalian berjaya bukan juga kerana aku. Itu semua takdir tuhan dengan berkat usaha kalian.

Aku di sini hanya asbab. Memegang tanggungjawab yang diberi tuhan. Walaupun aku mungkin tiada lagi untuk memberi surat-surat, nota tinta dan kata.

Aku doakan kalian, untuk berjaya dalam tunduk, melawan dalam insaf. Ingat, aku takkan pernah redha jika kalian melanggar manhaj dan mazhab yang aku terapkan.

Jangan mendongak bila di atas, jangan menunduk bila di bawah. Terus jalan wahai anak-anakku, merdekalah kalian, terus melawan, dan terus cuba mengubah dunia..

😉

Mengenai penulis

Tambah komen

Admin

Who is aLiph.My?

Official blog of Aliff Ahmad (Aliff Shariffuddin) also known as Abu Fedora al-Turkistani. His real name is Ahmad Aliff A S Ahmad Shariffuddin. The co-founder of Scrut.my , Ifmal.com , Idsb.my and Coin.my.